Online Courses Kerawang

Selamat Datang Ke Platform Online Courses Sulaman Kerawang

Online Courses Sulaman Kerawang ini menyediakan modul-modul yang menjurus kepada kemahiran sulaman kerawang. Tidak kira apa jua pengalaman anda sebelum ini, Platform Online Courses Sulaman Kerawang ini membolehkan anda belajar dan sekaligus menguasai kemahiran sulaman kerawang. Anda boleh mengulang tayang kesemua modul seberap kerap yang anda ingini walau di mana jua anda berada. Check it out »

Warisan Sulaman Sepanjang Hayat

Tak Lapuk Ditelan Zaman

Kemahiran sulaman kerawang sebenarnya tidak mustahil untuk dikuasai, jika anda mendapat bimbingan secara terus daripada guru-guru yang benar-benar berpengalaman.

Biarpun anda tiada asas jahitan, biarpun anda tiada asas sulaman, namun dengan berbekalkan minat dan sedikit kreativiti, anda boleh mempelajari kemahiran sulaman kerawang ini. Latihan demi latihan perlu dilakukan setelah anda mempelajari teknik-teknik yang ditunjukkan. Kerana itulah Platform Online Courses Sulaman Kerawang ini, merupakan satu aset penting untuk anda melangkah jauh dalam dunia sulaman kerawang. Anda bukan sahaja akan mempelajari setiap teknik dengan jelas dan terperinci, tetapi anda akan berbincang dan mendapat tunjuk ajar one to one basis bersama Puan Syahida sendiri sepanjang anda menjadi peserta online courses ini.

Apa Yang Dapat Kami Berikan
  • Pembelajaran secara bersakala
  • Video, audio, presentasi interaktif, foto bergambar dan sebagainya. Boleh diulang tayang bila-bila masa jika tidak sempat mengikutinya sewaktu sesi pembelajaran.
  • Perbincangan dan diskusi secara live video
  • Diskusi Offline juga disediakan
  • Berkongsi dengan rakan sulaman yang lain
  • Tiada caj tambahan dikenakan
  • Konsultasi seumur hidup PERCUMA
  • Santai dan sangat praktikal
  • Sijil Penyertaan disertakan.